sekilas tentang kehidupan sosial aku, aku memang tak ramai kawan. kalau tanya pada kawan2 satu kelas aku, mereka selalu nampak aku ni suka bersendirian dan tak ramai yang tahu siapa nama aku. aku sangat2 tak mudah rapat dengan orang. even kalau orang cuba kawan dengan aku, tak mudah untuk mereka mengenali aku. dah nak habis satu sem ni, aku cuma berjaya rapat kehulu kehilir dengan seorang kawan je, iaitu Nur.
itu pun dia jenis macam aku juga, suka jalan bersendirian tapi dia ni jenis banyak mulut.
aku ada satu mindset psikotik, dimana kalau kalau orang cuba kenal aku, cuba berkawan dengan aku, aku jadi takut.
sejujurnya aku jadi takut untuk orang kenali diri aku yang sebenar.
mindset takut ini secara aku tak sedar dah tertanam dalam diri aku sejak bertahun2, memandangkan dulu aku ada sejarah kelam yang buat aku jadi begini.
aku jadi takut, gugup, sangat2 malu, dan hilang minat untuk bercakap. secara aku tak sedar, pandangan aku akan ke lain bila kau cuba bersembang dengan aku, yang mana kau rassa aku sombong, tapi sebenarnya tak, aku tengah cuba sorok hilangkan rasa takut.
mungkin kalau tengok depan2 aku always senyum kalau kita baru kenal dan sebenarnya aku tengah berperang dengan minda takut itu. sebenarnya lepas try to act normally masa bercakap dengan kau, aku akan cuba bersendirian untuk menenangkan diri aku balik lepas penat berperang dengan minda.
aku dah umur 22 tahun.
disebabkan masalah ni,
aku pernah rasa aku ni failure sebab aku dah umur 20-an, masih ada lagi masalah tak pandai berkawan ??
haha.
tapi itu dululah.
dengan rasa aku ini failure, buat aku hilang confidence, dan bertambah kemurungan, buat aku rasa tak suka benci jadi diri aku, tak mahu hidup, dan sampai satu tahap aku benar2 mengalah, aku acah2 nak bunuh diri, dan aku dimasukkan ke wad pesakit mental.
wad dimana berkumpulnya orang2 yang hilang harapan pada hidupnya.
tapi bila aku masuk wad tu, tempat paling terakhir untuk menunjukkan aku benar2 mengalah, aku jadi terfikir, aku tiada jalan lain selain bangkit semula.
ya, hidup ini tiada jalan lain.
tiada jalan untuk lari dari masalah.
walau semalu mana pun, walau betapa kau tak boleh terima yang kau insan terpilih untuk menghadapi masalah itu,
kau tetap akan diletakkan pada jalan: HADAPI MASALAH ITU.
Sekarang ini, dengan bantuan beberapa orang insan yang dihadirkan ALLAH untuk membantu aku, mereka bimbing aku untuk positifkan minda aku dan bantu sedikit demi sedikit untuk aku lawan minda psikotik.
aku
kata orang mudah, 'it is about mindset, dan kau kena ubah mindset kau"
ianya datang dari minda, kawan. minda yang kawal emosi dan pergerakan kita.
walau aku cuba ubah mindset aku untuk tidak rasa takut dan jadi peramah, aku tetap akan rasa perasaan takut yang membekukan otak.
di luar memang aku senyum je masa cuba bercakap de gan kau, tapi di dalam otak ni, Allah je tahu betapa aku sakit kepala, memang aku rasa sakitnya dikepala bila aku cuba kawal minda aku.
tapi sedikit demi sedikit praktis, aku rasa aku makin okay sikit la. tak seteruk dulu takutnya bila orang cuba nak berkawan dengan aku.
Ulasan
Catat Ulasan