Langkau ke kandungan utama

Lexapro & Xanax

Kehidupan ini terlalu amat memeritkan ...
atau ...
Kita yang tidak tahu bersyukur ??




Semalam aku dah jumpa doktor , seperti yang telah dijanjikam .
tapi doktor psikitri still tak ada , so aku still tak dapat kesan lagi penyakit apakah dijiwa aku ini .
aku hanyalah dapat jumpa doktor biasa .
doktor biasa , macam biasalah , tanya punca depression , apa yg tjadi bila depression apa sume and then last2 call doktor psikitri tanya apakah tindakan yang perlu diambil ke atas aku .
hm , walaupun aku agak letih untuk berulang kali menceritakan benda yang sama , akhirnya aku terrsangaatt lega bila dapat ubat yang selama ini aku berjuang unutk mendapatkannya

ubat anti depression - Lexapro
ubat penenang - Xanax

then semalam , malam pertama aku telan ubat Xanax . aku wasap kawan aku ,

"weh best la ubat ni , makan je terus mood okay!"

haha tu respon pertama aku .

lepas tu aku terus tak sedarkan diri .

efek ubat tu sangat kuat . aku tidur sampai tak sedar apa2 lepastu bila bangun ya masyaAllah ,,,,,, sesak nafas kau tahu nak sedarkan diri dari tidur tu .

tengok jam dah pukul 7.30 . Kelas pukul 8 . kelas pula nun jauh ke kutub utara .
hapee lagi , bangun mandi siap2 pukul 8 baru bertolak g kelas jalan kaki ,
sampai kat pintu kelas jam pukul 8,20 intai skit kat cermin pintu , lecturer tengah berhujah kat depan kelas .

aku nak masuk memang tak lah kan . buat malu je .
pastu patah la balik pegi cafe beli nasi apa sume balik bilik makan and telan ubat ,
telan ubat lagi .
waktu pagi Lexapro pula .

sekarang aku rasa tak nak dah telan semua ubat tu .
ya , memang dulu aku punya berharap nak sangat dapatkan ubat anti depression bila aku tertekan sangat ,
tapi baru aku nampak hakikat ,
-
ubat sedikit pun tak menyelesaikan masalah ,
-
ia hanya membuatkan aku semakin lemah , badan aku menggigil kuat ,
badan aku tak berhenti menggigil hari ni , paling kuat time aku tengah berdiri waktu solat and lepas naik tangga .

so apa function ubat tu ?
kau cuma akan rasa tenang ,.
dan aku perasan ketenangan yang aku rasa lepas makan ubat tu , sama seperti ketenangan lepas kau baca Al-Quran @ solat .

ketenangan yang percuma yang
boleh dapat bila2 masa tanpa perlu menjahanamkan diri .

makanya aku start rasa hopeless ..
hopelessss lagi ... hopeless nak hidup ... tambah2 an final exam nak dekat , ( aku aim dpt msuk dean list sgt2)
ditambah pula penyakit aku yg menggila tak kira masa , ditambah lagi appoinment dengan doktor yang membuatkan aku asyik kena ponteng kelas dan skip test ,
AKU TERTEKAN .

pelajaran aku sangat terabai disebabkan depression .


ah , one more yg mbuatkan aku menangis seorang diri pagi tadi ...


** time2 tengah study dengar orang masjid pasang audio bacaan Al-quran ... aku bukak tingkap nak sahkan betul2 sebab time tu waktu dhuha ,
tkade pun ?????
aku mula la stress sebab takut diri ni ada simptom halusinasi ..

dah banyak kali ...
dengar bacaan Al-quran dan azan pada bukan waktu yg biasa org pasang ...
macam bacaan Al-Quran tu ada dalam kepala aku tapi tak dengar jelas pun bacaannya ...

takpelah .. hat ni aku tak kisah la ...
maybe ni ALLAH S,W,T anugerahkan pada aku untuk merawat penyakit aku ?? :)


anyway ...
aku rasa hopeless ..
setelah kecewa dgn ubat yg mmbuatkn aku lg sakit ...

aku jumpa ni dekat fb tadi ... :)


ni jawapan ALLAH S.W.T untuk rintihan aku  ...




https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1563809387277184.1073741831.1515780335413423&type=3


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Psikotik dan Aku.

sekilas tentang kehidupan sosial aku, aku memang tak ramai kawan. kalau tanya pada kawan2 satu kelas aku, mereka selalu nampak aku ni suka bersendirian dan tak ramai yang tahu siapa nama aku. aku sangat2 tak mudah rapat dengan orang. even kalau orang cuba kawan dengan aku, tak mudah untuk mereka mengenali aku. dah nak habis satu sem ni, aku cuma berjaya rapat kehulu kehilir dengan seorang kawan je, iaitu Nur. itu pun dia jenis macam aku juga, suka jalan bersendirian tapi dia ni jenis banyak mulut. aku ada satu mindset psikotik, dimana kalau kalau orang cuba kenal aku, cuba berkawan dengan aku, aku jadi takut. sejujurnya aku jadi takut untuk orang kenali diri aku yang sebenar. mindset takut ini secara aku tak sedar dah tertanam dalam diri aku sejak bertahun2, memandangkan dulu aku ada sejarah kelam yang buat aku jadi begini. aku jadi takut, gugup, sangat2 malu, dan hilang minat untuk bercakap. secara aku tak sedar, pandangan aku akan ke lain bila kau cuba bersembang dengan ...

Sod - Ba - Ro

Sabar .. aku akan cuba terus bersabar dengan ujian Ilahi ... Walau tak kuat , aku masih ada hati untuk mempercayai janji Ilahi ,                                        فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “ Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .” (QS. Alam Nasyroh: 5) Tidur adalah salah satu penawar mujarab untuk aku melupakan duka semalamnya . so pagi tadi , mood aku okay . Walaupun tak okay mana , still ada depression , tpi aku still okay . tapi , petang tadi ... satu call masuk . call dari psychiatric clinic , dunia aku terus gelap - gelita . aku memahami satu persatu bait percakapan nurse yang call tu . katanya appointment aku dengan doktor , adalah esok 30 November 2015 , 9 pagi . selesai call , air mata aku mengalir laju . aku tak tahu kenapa .. aku takut !!!! aku takut aku akan disahkan penyakit2 yang aku taknak .... aku takut akan disahkan abnormal !...