Langkau ke kandungan utama

Gelas & Tasik

Aku post sebab ini pujukan ALLAH S.W.T buat aku .. aku baru terniat nak wat entry betapa aku hilang harapan untuk hidup memikirkan sakit yg aku alami dn penerimaan manusia ,
tup tup ALLAH S.W.T gerakkan hati aku untuk untuk buka telegram ..
mesej ni aku terima dari lecturer kaunseling aku ...
moga memberi manfaat kepada jiwa kita .. Alhamdulillah ....





Gelas Dan Tasik

Seorang Guru Sufi Yang Terkenal Pergi Ke Arah Anak Muridnya . Guru Sufi Tersebut Melihat Muka Anak Muridnya Begitu Muram, Lalu Guru Sufi Tersebut Bertanya Kepada Anak Muridnya , Mengapa Kamu Bermuram Muka ? Kamu Ada Masalah ? Bukankah Terdapat Banyak Perkara Yang Indah Di Dunia Ini ? Ke Mana Pergi Muka Bersyukur Kamu ?

Anak Murid Menjawab Soalan Guru Sufi Tersebut , Sheikh Kebelakangan Ini Banyak Masalah Berturut Turut Menimpa Diri Saya Dan Itu Menyebabkan Saya Sukar Untuk.Senyum .

Guru Sufi Tersebut Tersenyum, Beliau Menyuruh Anak Muridnya Mengambil Cawan Kecil Berisi Air Dan Sengenggam Garam , Lalu Anak Muridnya Terus Melakukan Suruhan Gurunya , Selepas Itu , Guru Sufi Tersebut Menyuruh Anak Muridnya Memasukkan Sengenggam Garam Ke Dalam Gelas Kecil Berisi Air Tadi . Guru Sufi Tersebut Menyuruh Anak Muridnya Meminum Lalu Terperanjat Anak Murid Kerana Terlalu Masin .

Guru Sufi Tersebut Tersenyum Melihat Telatah Anak Muridnya , Guru Sufi Itu Berkata , Mari Ikut Saya Ke Tasik , Jangan Lupa Bawa Sengenggam Garam Juga , Lalu Anak Muridnya Ikut Guru Sufi Itu , Sampai Sahaja Di Tasik , Guru Sufi Tersebut Menyuruh Anak Muridnya Melempar Sengenggam Garam Di Bawa Tadi Ke Arah Tasik . Minum Air Tasik Itu , Kata Guru Sufi Kepada Anak Muridnya , Anak Murid Meminum , Tidak Sangka Air Tasik Tersebut Menyegarkan Tekak , Anak Muridnya Meminum.Berungkali , Guru Sufi Tersebut Membiarkannya , Setelah Selesai Minum

Guru Sufi Memanggil Anak Muridnya , Lalu Memberikan Jawapan Yang Ditunggu Tunggu , Anakku Tahukah Kamu , ? Sengenggam Garam Tersebut Diibaratkan Masalah Kamu Hadapi , Tidak.Kurang Dan Tidak Lebih , Allah Ta'ala Telah Menetapkan Sesuai Dengan Keupayaan Kamu. Tidak Seorang Pun Yang Dilahirkan Di Dunia Ini Terlepas Dari Segala Ujian Dan Cabaran , Anak Muridnya Terdiam , Guru Sufi Tersebut Menambah Kalam Manisnya , "Nak" Masinnya Ujian Dan Cabaran Itu Sangat Bergantung Pada Besarnya (Qalbu) Hati Yang Menampungnya , Suapaya Tidak Menderita Jadi Berhentilah Menjadi "GELAS"  Dan Jadikan Dada Mu Itu Seluas "TASIK" Pesan Guru Sufi Tersebut

Kesimpulannya

Apakah perkaitannya..

Antara gelas dengan tasik..

Gelas terlalu kecil berbanding tasik..

Andai dimasukkan sesuatu ke dalam gelas yang berisi air tulen, terlalu cepat ia akan bertukar sifatnya dan menjadi tepu..

Jika dimasukkan sedikit garam, dengan hanya sesudu mampu memasinkan air di dalam gelas tersebut.. dan dengan hanya beberapa sudu boleh membuatkan air tersebut tidak mampu lagi untuk melarutkan garam..

Tetapi andai dicurah sebanyak mana pun garam ke dalam tasik, air tasik tetap tawar sifatnya.. ia tidak akan mampu menjejaskan keadaan air tasik tersebut.. malahan tidak mampu menjadikan air di dalam tasik menjadi tepu.. ia tetap menjadi tasik yang cantik dan utuh.

Kerana tasik itu bisa menampung dan menerima limpahan air yang banyak, serta mampu menampung pelbagai hidupan.

Tasik, Gelas, dan Hati..

Hati kita ini fleksibel sifatnya..

Jika kita sempitkan ia, maka sempitlah pemikiran kita..

Dengan hanya sedikit masalah yang membelengu diri, kita sudah melatah.. sudah hilang kerasionalannya..

Hanya dengan sedikit "cuitan" mampu menyemarahkan api kemarahan kita..

Tetapi jika luaskan hati kita umpama tasik yang luas,

Maka ia mampu menampung pelbagai jenis keadaan tanpa menjejaskan kerasionalan kita.. tanpa menerbitkan reaksi luar kawal kita.. tanpa menjejaskan orang-orang sekeliling kita.

Apa jua keadaannya, apa jua permasalahannya, apa jua ujiannya.. kita akan mampu menghadapinya dengan tenang..

Luaskan hati itu umpama tasik yang luas, bukan gelas yang sempit.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.. Jika rasa sedih, pandanglah ke dalam hatimu, akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lexapro & Xanax

Kehidupan ini terlalu amat memeritkan ... atau ... Kita yang tidak tahu bersyukur ?? Semalam aku dah jumpa doktor , seperti yang telah dijanjikam . tapi doktor psikitri still tak ada , so aku still tak dapat kesan lagi penyakit apakah dijiwa aku ini . aku hanyalah dapat jumpa doktor biasa . doktor biasa , macam biasalah , tanya punca depression , apa yg tjadi bila depression apa sume and then last2 call doktor psikitri tanya apakah tindakan yang perlu diambil ke atas aku . hm , walaupun aku agak letih untuk berulang kali menceritakan benda yang sama , akhirnya aku terrsangaatt lega bila dapat ubat yang selama ini aku berjuang unutk mendapatkannya ubat anti depression - Lexapro ubat penenang - Xanax then semalam , malam pertama aku telan ubat Xanax . aku wasap kawan aku , "weh best la ubat ni , makan je terus mood okay!" haha tu respon pertama aku . lepas tu aku terus tak sedarkan diri . efek ubat tu sangat kuat . aku tidur sampai tak sedar apa2 lepastu...

Psikotik dan Aku.

sekilas tentang kehidupan sosial aku, aku memang tak ramai kawan. kalau tanya pada kawan2 satu kelas aku, mereka selalu nampak aku ni suka bersendirian dan tak ramai yang tahu siapa nama aku. aku sangat2 tak mudah rapat dengan orang. even kalau orang cuba kawan dengan aku, tak mudah untuk mereka mengenali aku. dah nak habis satu sem ni, aku cuma berjaya rapat kehulu kehilir dengan seorang kawan je, iaitu Nur. itu pun dia jenis macam aku juga, suka jalan bersendirian tapi dia ni jenis banyak mulut. aku ada satu mindset psikotik, dimana kalau kalau orang cuba kenal aku, cuba berkawan dengan aku, aku jadi takut. sejujurnya aku jadi takut untuk orang kenali diri aku yang sebenar. mindset takut ini secara aku tak sedar dah tertanam dalam diri aku sejak bertahun2, memandangkan dulu aku ada sejarah kelam yang buat aku jadi begini. aku jadi takut, gugup, sangat2 malu, dan hilang minat untuk bercakap. secara aku tak sedar, pandangan aku akan ke lain bila kau cuba bersembang dengan ...

Sod - Ba - Ro

Sabar .. aku akan cuba terus bersabar dengan ujian Ilahi ... Walau tak kuat , aku masih ada hati untuk mempercayai janji Ilahi ,                                        فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “ Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .” (QS. Alam Nasyroh: 5) Tidur adalah salah satu penawar mujarab untuk aku melupakan duka semalamnya . so pagi tadi , mood aku okay . Walaupun tak okay mana , still ada depression , tpi aku still okay . tapi , petang tadi ... satu call masuk . call dari psychiatric clinic , dunia aku terus gelap - gelita . aku memahami satu persatu bait percakapan nurse yang call tu . katanya appointment aku dengan doktor , adalah esok 30 November 2015 , 9 pagi . selesai call , air mata aku mengalir laju . aku tak tahu kenapa .. aku takut !!!! aku takut aku akan disahkan penyakit2 yang aku taknak .... aku takut akan disahkan abnormal !...