Langkau ke kandungan utama

A Night Without Xanax

Malam tadi aku decide tidak mahu ambil xanax . Sebabnya xanax tinggal sebiji , dan untuk ambil ubat seterusnya ada lagi 2 hari 2 malam . Aku takut malam-malam seterusnya depression aku lebih teruk  .
So malam tadi merupakan kali kedua malam aku jadi penuh derita .

Aku cuba baring , nak tidur , tapi perasaan sangat tidak keruan .
so aku cuba tidur dalam keadaan macam ni ,



Aku cuba untuk mengeluarkan suara . Cuba untuk menangis , sebab dalam keaadaan macam ni menangis sahaja yang boleh kurangkan kecelaruan di jiwa , Tapi tak boleh . Yang keluar cuma suara macam orang tak cukup nafas , Aku tahu roommate aku dah mula sedar , Ya , aku tahu aku kacau cubaan dia untuk tidur ,
Aku cuba tenangkan diri .
Aku dapat rasa fikiran aku perlahan-lahan mulai kosong dan gelap .
Akal aku mula hilang fungsi berfikir seperti biasa .
Aku lost dalam fikiran yang gelap untuk beberapa ketika .
Tangan aku memerlukan sesuatu untuk dipegang hanya meramas kuat tilam .
Aku benar-benar perasan diri aku dalam keadaan orang hilang waras .

Aku terus dalam keadaan begini untuk beberapa minit yang lama .

Tiba-tiba aku dengar bunyi gerakan tubuh roommate aku .
aku dapat agak dia bangun dan duduk di katil , dia ingin bertanya keadaan aku .
tapi aku kakukan diri .

kemudian segala-galanya senyap .
mungkin dia batalkan niat dia dan anggap aku okey .

Alhamdulillah , tak lama lepas tu , aku cuba baring semula lepas sakit badan tidur dalam keadaan macam tu . jiwa aku kembali tenang .

tapi , hm , nak tidur memang susah .
pukul 3 pagi baru tidur , tapi tak lena .
tidur , terjaga , tidur , terjaga balik .


Inilah keadaan aku bila depression yang kuat menyerang pada waktu malam .

And gambar ni describe macam mana perasaan aku masa tu .



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lexapro & Xanax

Kehidupan ini terlalu amat memeritkan ... atau ... Kita yang tidak tahu bersyukur ?? Semalam aku dah jumpa doktor , seperti yang telah dijanjikam . tapi doktor psikitri still tak ada , so aku still tak dapat kesan lagi penyakit apakah dijiwa aku ini . aku hanyalah dapat jumpa doktor biasa . doktor biasa , macam biasalah , tanya punca depression , apa yg tjadi bila depression apa sume and then last2 call doktor psikitri tanya apakah tindakan yang perlu diambil ke atas aku . hm , walaupun aku agak letih untuk berulang kali menceritakan benda yang sama , akhirnya aku terrsangaatt lega bila dapat ubat yang selama ini aku berjuang unutk mendapatkannya ubat anti depression - Lexapro ubat penenang - Xanax then semalam , malam pertama aku telan ubat Xanax . aku wasap kawan aku , "weh best la ubat ni , makan je terus mood okay!" haha tu respon pertama aku . lepas tu aku terus tak sedarkan diri . efek ubat tu sangat kuat . aku tidur sampai tak sedar apa2 lepastu...

Psikotik dan Aku.

sekilas tentang kehidupan sosial aku, aku memang tak ramai kawan. kalau tanya pada kawan2 satu kelas aku, mereka selalu nampak aku ni suka bersendirian dan tak ramai yang tahu siapa nama aku. aku sangat2 tak mudah rapat dengan orang. even kalau orang cuba kawan dengan aku, tak mudah untuk mereka mengenali aku. dah nak habis satu sem ni, aku cuma berjaya rapat kehulu kehilir dengan seorang kawan je, iaitu Nur. itu pun dia jenis macam aku juga, suka jalan bersendirian tapi dia ni jenis banyak mulut. aku ada satu mindset psikotik, dimana kalau kalau orang cuba kenal aku, cuba berkawan dengan aku, aku jadi takut. sejujurnya aku jadi takut untuk orang kenali diri aku yang sebenar. mindset takut ini secara aku tak sedar dah tertanam dalam diri aku sejak bertahun2, memandangkan dulu aku ada sejarah kelam yang buat aku jadi begini. aku jadi takut, gugup, sangat2 malu, dan hilang minat untuk bercakap. secara aku tak sedar, pandangan aku akan ke lain bila kau cuba bersembang dengan ...

Sod - Ba - Ro

Sabar .. aku akan cuba terus bersabar dengan ujian Ilahi ... Walau tak kuat , aku masih ada hati untuk mempercayai janji Ilahi ,                                        فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “ Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .” (QS. Alam Nasyroh: 5) Tidur adalah salah satu penawar mujarab untuk aku melupakan duka semalamnya . so pagi tadi , mood aku okay . Walaupun tak okay mana , still ada depression , tpi aku still okay . tapi , petang tadi ... satu call masuk . call dari psychiatric clinic , dunia aku terus gelap - gelita . aku memahami satu persatu bait percakapan nurse yang call tu . katanya appointment aku dengan doktor , adalah esok 30 November 2015 , 9 pagi . selesai call , air mata aku mengalir laju . aku tak tahu kenapa .. aku takut !!!! aku takut aku akan disahkan penyakit2 yang aku taknak .... aku takut akan disahkan abnormal !...