Langkau ke kandungan utama

Soulmate

Aku join group2 depression survivors . kat fb and others .

Depression Survivors ( Malaysia )
Anxiety and Depression Support Group

dan start dari sini aku kenal mereka2 yang dah lama survive dengan depression , anxiety , and other disorders .
dari dlam dan luar negara.
aku kenal mereka2 yang hadapi lebih teruk dari aku .

ada yang suffer mental disorder , kalau orang melayu kita panggil penyakit mental .
aku terkejut dia boleh sembuh dan dia sangat memotivasikan orang lain .

ada juga suffer many disorders , dan dia sangat positif untuk sembuhkan penyakit dia .

and ada bermacam2 jenislah yang aku tak jumpa lagi ...

tapi dari sini , aku jumpa seorang angel :D

Aminah Fatanah Zaidi .

aku start kenal dia ni dalam group Depression Survivors ( Malaysia ) .

dalam group ni aku nampak kebolehan dia terangkan tentang penyakit2 ni ( sebab dia student medic ) , so aku start chat ngan dia .

aku luah semua masalah aku and dia lah orang pertama yang detect aku ada adjustment disorder .

then start dari sini aku mula rapat dengan dia .

dia yang sarankan aku untuk on treatment , jumpa psikitri apa semua .
and aku dah buat .

Dia jugalah manusia yang sudi membaca luahan aku bila depression aku menggila 

bukan setakat tu !

dia sangat memahami apa yang aku rasa ! setiap nasihat dia betul2 melegakan perasaan aku dan memotivasikan aku .

dialah yang bagi support terbesar untuk aku mulakan langkah pertama aku , iaitu jumpa psikitri .
kalau tak sebelum ni memang aku takkan pergi sebab takut weyh .


dia sudi melayan aku tatkala aku betul2 lemah .

dia faham dan terus bagi aku kata2 semangat untuk kuat lawan penyakit aku .

yaa ...
apa aku yang aku cuba sampaikan kat sini is , aku dah jumpa TEMAN YANG SERASI dDENGAN JIWA aku ... hahah ..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lexapro & Xanax

Kehidupan ini terlalu amat memeritkan ... atau ... Kita yang tidak tahu bersyukur ?? Semalam aku dah jumpa doktor , seperti yang telah dijanjikam . tapi doktor psikitri still tak ada , so aku still tak dapat kesan lagi penyakit apakah dijiwa aku ini . aku hanyalah dapat jumpa doktor biasa . doktor biasa , macam biasalah , tanya punca depression , apa yg tjadi bila depression apa sume and then last2 call doktor psikitri tanya apakah tindakan yang perlu diambil ke atas aku . hm , walaupun aku agak letih untuk berulang kali menceritakan benda yang sama , akhirnya aku terrsangaatt lega bila dapat ubat yang selama ini aku berjuang unutk mendapatkannya ubat anti depression - Lexapro ubat penenang - Xanax then semalam , malam pertama aku telan ubat Xanax . aku wasap kawan aku , "weh best la ubat ni , makan je terus mood okay!" haha tu respon pertama aku . lepas tu aku terus tak sedarkan diri . efek ubat tu sangat kuat . aku tidur sampai tak sedar apa2 lepastu...

Psikotik dan Aku.

sekilas tentang kehidupan sosial aku, aku memang tak ramai kawan. kalau tanya pada kawan2 satu kelas aku, mereka selalu nampak aku ni suka bersendirian dan tak ramai yang tahu siapa nama aku. aku sangat2 tak mudah rapat dengan orang. even kalau orang cuba kawan dengan aku, tak mudah untuk mereka mengenali aku. dah nak habis satu sem ni, aku cuma berjaya rapat kehulu kehilir dengan seorang kawan je, iaitu Nur. itu pun dia jenis macam aku juga, suka jalan bersendirian tapi dia ni jenis banyak mulut. aku ada satu mindset psikotik, dimana kalau kalau orang cuba kenal aku, cuba berkawan dengan aku, aku jadi takut. sejujurnya aku jadi takut untuk orang kenali diri aku yang sebenar. mindset takut ini secara aku tak sedar dah tertanam dalam diri aku sejak bertahun2, memandangkan dulu aku ada sejarah kelam yang buat aku jadi begini. aku jadi takut, gugup, sangat2 malu, dan hilang minat untuk bercakap. secara aku tak sedar, pandangan aku akan ke lain bila kau cuba bersembang dengan ...

Sod - Ba - Ro

Sabar .. aku akan cuba terus bersabar dengan ujian Ilahi ... Walau tak kuat , aku masih ada hati untuk mempercayai janji Ilahi ,                                        فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “ Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .” (QS. Alam Nasyroh: 5) Tidur adalah salah satu penawar mujarab untuk aku melupakan duka semalamnya . so pagi tadi , mood aku okay . Walaupun tak okay mana , still ada depression , tpi aku still okay . tapi , petang tadi ... satu call masuk . call dari psychiatric clinic , dunia aku terus gelap - gelita . aku memahami satu persatu bait percakapan nurse yang call tu . katanya appointment aku dengan doktor , adalah esok 30 November 2015 , 9 pagi . selesai call , air mata aku mengalir laju . aku tak tahu kenapa .. aku takut !!!! aku takut aku akan disahkan penyakit2 yang aku taknak .... aku takut akan disahkan abnormal !...