Langkau ke kandungan utama

Why I Refuse Marriage


2016 , umur aku genap 21 .
Pada umur 21 ni lah emak aku kahwin dengan ayah aku ,
And kakak aku pun kahwin pada umur 21 .

Sekarang kakak aku dah 23 , final year in degree , and a mom to be ! congrate to her & her husband .

Err aku ?
Mak aku tuuuu , dah bising nak menantu no 2 .
Yelah , ramai kawan sama baya dah kahwin , and ada yg dah gendong baby , tapi aku just tumpang happy je .
Tapi bila jiran aku yg sama baya pun dah buat walimatul urus , dah bertemu jodoh ,
Makk pun bising la , katanya dengan hati yang terbuka dan senang , mengalu-alukan kehadiran menantu yang ke dua ~

Sigh .
Mak tahu aku macammana .
Aku ni terlalu menjaga ikhtilat sampai tak bercouple dengan siapa2 .  *diizinkan muntah hijau*
Tapi yela .
Betul .
Memang aku menyekat diri aku dari mempunyai hubungan couple dengan mana2 lelaki .

Ada faktor lain yang membuatkan aku tidak bercouple .

Saat ini air mata hampir jatuh .
Ujian yang aku pendam sekian lama .
Luka dalam hati .
Terkadang aku rasa seperti mimpi untuk merasainya .

Aku mempunyai seribu satu penolakan terhadap perkataan “perkahwinan” .

Ketakutan mendalam aku terhadap lelaki .
Fobia terhadap kezaliman perkahwinan .
Penganiayaan dan gangguan mereka terhadap aku .
Apa yang terjadi sepanjang aku membesar , membuatkan aku berkata tidak pada sebuah perkahwinan .

Dari dulu aku hanya menganggap satu lawak apabila kawan sebut tentang perkahwinan .
Tetapi sekarang perkataan itu semakin menakutkan aku dan memaksa aku .
Umur aku yang meningkat dewasa ,
Aku dapat rasa tubuh aku terketar tiap kali orang tanya , “tiada calon lagi ke ?”

Pertama dan terakhir couple aku masa ting 1.
Cinta monyet yang mencoret  titik hitam dalam hidup aku .

Kemudian , dengan wajah lelaki-lelaki yang berbeza ,  titik hitam itu terus berulang dan berulang dan berulang ,
Sehingga aku umur 17 tahun .
Mendekati lelaki tanpa hubungan couple .
Faham kah ?



Kemudian , umur 17tahun , aku bertaubat .
Sebab ujian datang masa tu terlalu berat , aku alami kemurungan teruk tanpa aku sedari .
Then rupanya hidayah nak datang pada aku .
Bayangkan umur 17 tahun aku baru nak belajar solat , belajar makna bacaan dalam solat ,
Aku ingat lagi , aku letak buku panduan solat dekat depan sejadah , masa solat aku pandang buku tu sambil fahamkan maksud dalam bahasa Melayu .
Bila tiba sujud je aku menangis sepuasnya .
Aku lakukannya setiap kali masuk waktu solat fardhu .
Aku tahu solat aku tak sah , tapi tu je cara aku nak start belajar solat .
Bila aku dah mula ingat bacaan dengan maknanya sekali , aku konsisten buat solat fardhu .
Bila sujud je menangis .
Kadang tak sampai sujud pun , rukuk tu pun dah rukuk lama2 sebab menangis .
Aku tak tahu kenapa aku kerap menangis masa tu .
Satu sebab insaf , yang lain bercampur dengan menyesal atas dosa lalu dan kesedihan yang tak tahu sebab apa .
Aku terlalu benci kan diri aku masa tu dan amat2 menyalahkan diri aku tentang masa silam aku .
Aku terlalu kemurungan masa tu sampai balik sekolah je , berkurung dalam bilik , dan menangis . setiap hari .
Kat sekolah okay je gelak2 , tapi bila balik rumah kemurungan habis , aku rasa macam ada split personality kat situ haha .
Aku amat2 berharap aku dapat mati masa tu dalam keadaan aku dah bertaubat .
Tapi ALLAH S.W.T nak panjangkan umur aku .

Aku masih hidup sampai sekarang , alhamdulillah .
Perjalanan kehidupan remaja aku amat kelam dan kelabu .
Nak keluar dari kemurungan  bukannya mudah , nak pula aku tak tahu pun aku kemurungan .
Tahu sebab ada lecturer kat matrikulasi aku sindir aku .
Since situ , hidup aku macam brighten up lah sikit , sebabnya aku dah tahu apa sebab aku asyik suka menangis and sorang2 diri .
Aku cubalah cari macam mana nak rawat kemurungan .
Tapi tak mudah , tak mudah .
Bila perangai murung tu dah sebati dengan diri .
Tak mudah untuk aku membuangnya dari hidup aku .

Bila masuk universiti umur 20 , aku tak tahu kenapa seperti aku alami kecelaruan perasaan yang teruk .

Hidup terasa amat kelam dan kosong , bila ketawa dengan member2 hati sedih kat dalam .
Selalu nak tarik diri dari orang , susah nak happy , tapi kadang2 terlebih happy dan ceria  tiba2 .
Kawan rapat aku kat u pelik doh dengan perangai aku .
Emosi aku tak stabil dan sukar dikawal .
Bertukar2 antara :
Girang-murung-sedih-terlampau benci-girang balik.
Semua perasaan ni bertukar2 dalam tempoh waktu yang singkat.
Kawan rapat aku banyak kalilah jauh diri dari aku sebab emosi aku tak stabil.
Tadi gelak2, tiba2 dah muka masam badmood. Seriously,
Aku amat2 benci dengan emosi aku yang aku susah sangat nak kawal ni.
Pokoknya , susah nak stay pada perasaan happy .kejap je tiba2 rasa nak nangis tanpa sebab .

Masa tu aku ada join group depression survivors ( Malaysia ) kat fb .
Yelah , kan nak rawat kemurungan .
Aku cubalah cari2 tips kat situ .
Kat dalam group tu aku berkenal dengan ramai orang yang alami kemurungan teruk juga .

Nak buat startnya , aku dengan member2 rapat ni jalan sama2 . tapi aku rasa dipinggirkan and sebak , walhal kawan aku tak pinggirkan aku pun . aku yang pinggirkan diri aku dari dorang and bila dorang macam tak nak layan aku sebab aku macam badmood , aku pun mulalah fikir yang negatif2 .
Pastu balik bilik , terhamburlah tangisan aku . aku hantar chat kat sorang kawan aku yang alami depression jugak , luah kat dia apa yang tak kena dengan emosi aku ni .
Then dia suggest aku jumpa psychiatrist and ambil ubat anti depression .
Kat situlah mulanya hidup aku dengan mengenal dunia kesihatan mental nihh .
Doktor psikiatrik aku buat appoinment dengan aku setiap hari Isnin . dia nak tengok perkembangan emosi aku ,
Dia bagi aku ubat anti depression – Lexapro , dan ubat penenang ,  Xanax .
Masa tu dia diagnosis aku ada dysthymia je ( kalau tak tau apa maksud dysthymia nih , bolehlah gugel J ) sebab aku alami kemurungan dah bertahun2 .
Tapi lama2 emosi aku macam tak elok2 jugak lepas dah bagi ubat , aku rasa macam bercelaru giler emosi ku masa tu , doktor pun warning aku , kalau aku self-harm ( cederakan diri ) dia hantar terus aku ke hospital mental .
Aku tak takut pun dengan warning dia . aku rasa macam tu tempat selamat untuk aku ,
Then after appointment kedua dengan doktor tu , nak tunggu appointment seterusnya cam lama sangat , isnin minggu depan pula , aku jadi tiada tempat nak luah perasaan aku . patut aku luah kat doktor aku je apa yang aku rasa , tapi aku terasa lama sangat .
Ubat yang dia bagi tu kesan sampingan dia nak sesuaikan dengan badan aku , kuat sangat . aku jadi seram sejuk tiba2 , pastu , badan menggeletar 24 jam .
So dengan perasaan yang asyik sedih je , terasa macam benci sangat dengan diri aku sendiri  , aku start amek pisau pengasah pensel tu , aku kelar tangan . esoknya pula ... hmm ...
Aku buat cubaan bunuh diri . tah kena rasuk apa tah masa tu .
Aku amek pisau rumet aku , diri depan tingkap sambil nangis , pastu letak pisau kat leher . pisau tu rasa sejuk je .
Aku bergaduh dengan diri aku sendiri sama ada aku nak teruskan ke tak .
Bergaduh dengan iman aku .
Nasiblah aku ingat masa tu kalau aku bunuh diri , ALLAH taknak terima aku , tiada tempat aku kat syurga nanti .

Lambat2 aku letak pisau tu balik . then pergi kat katil , menangis .
Aku stress sebab apa ? sebab aku benci dengan emosi aku yang tak stabil , yang membuatkan aku susah nak kekalkan sebuah persahabatan , aku  benci dengan personaliti aku yang entah ke mana .
Aduhh , susah nak terang .
Ada sekali masa kelas Law waktu 6-7 petang , nak dekat senja , aku tak tau kenapa aku rasa sedih sangat , aku rasa macam semua orang tak hiraukan aku , aku amek pisau lipat yang aku baru beli , pastu aku genggam . tanpa aku sedar , aku genggam sampai luka dan berdarah jari aku . classmate aku yang duk sebelah aku ni nampak and dia macam pelik la dengan aku . dia pandang aku banyak kali macam tak percaya apa aku buat dalam kelas tu , aku perasan muka dia macam resah and takut tengok aku , tapi aku tak layan dia . kawan rapat aku 2 orang duduk kerusi depan aku ni , pandang aku kat belakang sebab nak berborak . pastu diorang nampak aku macam sorok sesuatu . dorang tanya apa benda tu , aku jawab pisau . pastu dorang pandang depan . then dorang pandang aku lagi sekali . terserlah muka risau dorang tu . tanya “Al , awak okay tak ni ?” aku cuma angguk je . tipu sangat okay nya dengan mata merah nak nangis . Yang sorang perasan tangan aku berdarah , dia mintak pisau tu dari aku , aku jawab ,
“tak boleh , pisau ni ibarat nyawa saya” hahaha . aku memang jiwa terganggu sangat2 masa tu . nak buat cam mana lagi kan .
Lepastu sehari sebelum appointment seterusnya dengan doktor , aku guna pisau lipat tu , aku kelar dalam-dalam tangan aku . perghh , aku buat ni masa Nov 2015 , sekarang dah April 2016 , parut kelar pisau tu tak hilang lagi .
Aku lega sangat masa tu ! no wonder la kawan2 aku yang depress suka self harm bila down sangat2 , rupa2nya sakit luka tu boleh legakan perasaan sedih kat hati .
Aku rasa aku dah memang psiko giler masa ru .
Rumet aku pun aku dah tak care dia nak cakap apa fasal aku . aku pun dapat rasa dia jauhkan diri dari aku . takut agaknya dengan aku yang asyik pegang pisau kecil tu je .
Pastuuuu , esoknya appointment aku tunjuk kat doktor tangan aku kena kelar . terkejut lah dia . dia ambil gambar pastu dia suruh aku bercuti and balik rumah and tenangkan diri .
Masa tu aku dah nak dekat final exam , dia tetap bagi surat kebenaran cuti balik rumah .
Tapi aku cakap , “haritu doktor cakap kalau saya kelar tangan doktor nak hantar ke hospital kan ?”
Dia balas , “awak nak masuk hospital ke ?”
Aku diam dan tunduk .
Then aku balik bilik kemas2 barang , dia panggil ambulance universiti hantar aku ke wad mental kat HUSM .
Tenenent ~~
Kerja gila .
Paling gila selama aku hidup .
Jadilah aku salah seorang pesakit kat wad psikiatri tu .
Kat wad HUSM , it is quite happy . gelagat pesakit lain yang otak serong buat aku tiap2 hari gelak . ada je yang perangai ngengok yg buat aku ketawa . kalau bogel depan student  nurse lelaki tu memang da biasa dah . pastu g ngorat pulak student lelaki tu .
Free2 kena marah saje dengan nurse .
Pastu ada macam2 perangai kelakar kat situ . nak yang lurus bendul , yg perangai cam karton , yg kuat membebel , yg gelak n ketawa sorang2 , yg muka blur setiap masa , yg ustazah pakai tudung labuh , yg hyperactive , yg macam patung xgerak2 , semuaaa ada .
Pendek kata best lah masa aku duduk kat ward tu . semua perangai buat aku gelak . banyak juga patient yang kat situ jadi kawan aku masa tu . kebanyakan dari mereka ni , ada deria ke enam , boleh nampak and dengar benda lain . aku cuma kuatkan iman je .
 indah jugaklah hidup aku kat situ , makan tidur gelak . itulah kejenya .
makan nasi hampir 6 pinggan setiap hari . makanan pula sedap2 , ayam ayam ayam . taktahu kenapa aku asyik rasa lapar nak makan . doktor cakap tu sebab kesan ubat . hahaha , berat aku dari 54kg jadi 58kg duduk kat hospital tu .
then doktor aku kat HUSM tu sah kan aku hidapi bipolar disorder ( gangguan 2 kutub ) pulak dah  .
disebabkan sejarah hidup aku , dulu hidup aku liar dan ceria , pastu tiba2 jadi kemurungan yg lama , tu yg dia diagnosis macam tu .
then aku start kena telan ubat anti psikotik , Olanzapine & lamotrigine .

lepas 2 minggu kat wad tu family pun jemput aku balik rumah .
sampai rumah , aku study , pastu amek special final exam untuk sem 1 aku .
pastu bila masuk sem 2 , aku tangguh , aku minta kat doktor aku lagi sekali nak admit mental ward .
aku pun masuklah ward belakang , HTAA .
kat situ .. hmpphh sumpah tak best .
hospital kerajaan kan , peraturan terlalu ketat , tudung pun tak boleh pakai , even masa setiap kali nak ambil makanan tu , mesti bertembung dengan patient lelaki . jangankan patient lelaki , doktor and staff2 lelaki pun tengok aku tak bertudung ,
tulah first time dengan terpaksanya aku merelakan lelaki2 melihat rambut aku selepas aku bertaubat masa umur 17 tahun dlu.
Pastu kat situ , ada bengkel yg wajib dihadiri setiap hari isnin smpai jumaat , kalau x pergi dia ugut tak boleh keluar ward . bengkel tu bercampur dengan pesakit mental lain , dan kami betul2 dilayan macam orang gila . buat aktiviti senamrobik pkai lagu jalur gemilang , pastu aktiviti melukis dan mewarna macam budak pra sekolah ,tanya hobi , cita-cita makanan kegemaran apa semua pastu kena bagitahu kat satu group .. ya ALLAH .. sumpah ku memang badmood bila time kena pergi bengkel .
Ada sekali tu , ku tak nak ikut aktiviti mewarna tu , aku buat muka kelat , pastu staff kat situ ugut tak bagi keluar ward .tinggi suara lah jugak dia . kisah apa aku hahaha . yg penting ego aku lagi tinggi hahah .
Pastu dia hantar aku balik ke katil . esoknya pas jumpa doktor , mak aku datang . doktor tu bagilah aku balik rumah , see , senang je hahahah .  aku pun dah puas buat perangai baik kat situ semata2 nk keluar cepat dr ward neraka tu . bukan senang nak buat baik dengan patient2 yang aggressive suka cari gadoh . ada la hampir beberapa kali aku hampir tergaduh fizikal dengan dorang . nasib je aku tahan , kalau nurse tahu mesti dorang report kat doktor pastu doktor ingat penyakit aku datang balik pastu kena duduk lama kat situ . aarrgghh memang taklah . paling aku tak boleh lupa ada patient cina yg otak mereng suka cari gadoh ni , tendang aku masa aku tengah solat zuhur . nasib baiklah masa tu aku tengah sujud , buatnya aku tengah berdiri tegak baca Al-Fatihah ke , mahu tak terjelepok  aku atas lantai kena tendang dengan dia .
First time dia buat macam tu , aku cakap elok2lah dengan dia , “kenapa awak tendang saya” chewahh poyo nak buat layanan baik terhadap orang bukan Islam kononnya , dia cakap dia marah aku bercakap dengan ALLAH . aku pun senyum2 je.
Kali kedua dia buat macam tu , masa tu aku baru takbiratul ikhram, aku rasa dia berdiri kat belakang aku, aku batalkan solat aku, aku pusing belakang, paangg!! Aku tampar dia sekuat hati . memang aku sakit hati giler lah dengan dia . pastu terus dia lari . makcik cleaner India yg nampak tu pun marah dia sebab kacau aku .
Huh ,, sabau jela dengan dorang ni . nurse cakap maafkan jela , dorang buat macam tu sebab dorang sakit . kalau dorang tak sakit , dorang tak buat macam tu .
Errghh tergugat jugaklah iman aku nak maafkan dorang .
Dahlah memang bosan giler kot duduk situ , semua patient dah tua2 aku sorang je remaja kat situ , pastu ramai yang aggressive , layan kawan halusinasi dorang je . masing2 dengan dunia sendiri . aku bosan giler kawan lah ngan buku . nasib baik ada buku, kalau takde , aku rasa boleh mati kebosanan yang teramat sangat kat situ .

Then bila jumpa doktor , dengan semua symptom2 yang aku alami , emosi tidak stabil, takut/fobia terhadap peminggiran, perhubungan sosial yang tidak stabil , perasaan benci diri sendiri yang amat kuat, self harm & suicidal behaviour ,
Doktor diagnosis aku menghadapi Boderline Personality Disorder ( Gangguan personaliti pinggiran ) .

Aku terima dengan hati yang terbuka .
Gangguan ni memang describe diri aku yang sebenar .
Dan aku harap ni diagnosis yang terakhir sebab aku rasa dah tak larat nak di diagnosis dengan penyakit mental yang lain .

NOW!!!!
Huh ... dengan semua pengalaman aku ni , lagilah bertambah2 ketakutan aku nak dirikan perkahwinan,

Aku tertanya2,
Mampu kah aku jadi seorang isteri dan ibu yang baik dengan penyakit gangguan jiwa aku nih ??
Sesiapa boleh jawab soalan aku ?
Arrggghh .. my tears bursted .
Entahlah .

Sekarang tentang jodoh aku serah bulat2 pada Ilahi . kalau aku berusaha cari jodoh pun , kalau aku cuba terima lelaki2 yang nak dekat dengan aku tu pun , aku tak tau dia boleh ke terima aku yang masih berulang alik klinik psikiatri ni . boleh ke dia terima aku dan emosi aku yang tak stabil n kecelaruan pada jiwa yg kadang2 memang aku tak mampu kawal..

Jealous .
Siapa tak jealous bila tengok orang lain berkasih sayang .
Aku normal weh naluri perempuan kuat lagi .
Tapi aku tak yakin .
Aku tak yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan semua ketakutan yang ada dalam diri aku ni .

3/4/218 ; 3/07a.m.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lexapro & Xanax

Kehidupan ini terlalu amat memeritkan ... atau ... Kita yang tidak tahu bersyukur ?? Semalam aku dah jumpa doktor , seperti yang telah dijanjikam . tapi doktor psikitri still tak ada , so aku still tak dapat kesan lagi penyakit apakah dijiwa aku ini . aku hanyalah dapat jumpa doktor biasa . doktor biasa , macam biasalah , tanya punca depression , apa yg tjadi bila depression apa sume and then last2 call doktor psikitri tanya apakah tindakan yang perlu diambil ke atas aku . hm , walaupun aku agak letih untuk berulang kali menceritakan benda yang sama , akhirnya aku terrsangaatt lega bila dapat ubat yang selama ini aku berjuang unutk mendapatkannya ubat anti depression - Lexapro ubat penenang - Xanax then semalam , malam pertama aku telan ubat Xanax . aku wasap kawan aku , "weh best la ubat ni , makan je terus mood okay!" haha tu respon pertama aku . lepas tu aku terus tak sedarkan diri . efek ubat tu sangat kuat . aku tidur sampai tak sedar apa2 lepastu...

Psikotik dan Aku.

sekilas tentang kehidupan sosial aku, aku memang tak ramai kawan. kalau tanya pada kawan2 satu kelas aku, mereka selalu nampak aku ni suka bersendirian dan tak ramai yang tahu siapa nama aku. aku sangat2 tak mudah rapat dengan orang. even kalau orang cuba kawan dengan aku, tak mudah untuk mereka mengenali aku. dah nak habis satu sem ni, aku cuma berjaya rapat kehulu kehilir dengan seorang kawan je, iaitu Nur. itu pun dia jenis macam aku juga, suka jalan bersendirian tapi dia ni jenis banyak mulut. aku ada satu mindset psikotik, dimana kalau kalau orang cuba kenal aku, cuba berkawan dengan aku, aku jadi takut. sejujurnya aku jadi takut untuk orang kenali diri aku yang sebenar. mindset takut ini secara aku tak sedar dah tertanam dalam diri aku sejak bertahun2, memandangkan dulu aku ada sejarah kelam yang buat aku jadi begini. aku jadi takut, gugup, sangat2 malu, dan hilang minat untuk bercakap. secara aku tak sedar, pandangan aku akan ke lain bila kau cuba bersembang dengan ...

Sod - Ba - Ro

Sabar .. aku akan cuba terus bersabar dengan ujian Ilahi ... Walau tak kuat , aku masih ada hati untuk mempercayai janji Ilahi ,                                        فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “ Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .” (QS. Alam Nasyroh: 5) Tidur adalah salah satu penawar mujarab untuk aku melupakan duka semalamnya . so pagi tadi , mood aku okay . Walaupun tak okay mana , still ada depression , tpi aku still okay . tapi , petang tadi ... satu call masuk . call dari psychiatric clinic , dunia aku terus gelap - gelita . aku memahami satu persatu bait percakapan nurse yang call tu . katanya appointment aku dengan doktor , adalah esok 30 November 2015 , 9 pagi . selesai call , air mata aku mengalir laju . aku tak tahu kenapa .. aku takut !!!! aku takut aku akan disahkan penyakit2 yang aku taknak .... aku takut akan disahkan abnormal !...