Langkau ke kandungan utama

Thank You, Allah..


Pukul 3 pagi tadi aku terus terang, di lengan aku ada 5 kesan torehan pisau disebabkan kehadiran dia.

Walaupun susah nak terang kenapa, tapi aku cuba la jugak sebab dah terlanjur jujur kan haha.

Masih mahu berahsia tentang mental disorder aku, aku cuma bagitau masa mula2 kenal aku takut untuk terima cinta dia.
Aku jadi sedih, dan kemudian cederakan diri.

Dia risau.
Berkali2 dia minta janji dari aku,
jangan buat lagi.

Aku juga cakap sebenarnya aku tak terima dia. Hati sukar nak terima. Aku cuma ambil masa belajar buka hati untuk dia.
Sehingga hari ke-5 kami bersama hari ni, pintu hati dah terbuka agak luas untuk dia.

Of course lah dia terkejut kan bila dengar perkataan tak terima tu.

Dia tanya aku
"Jadi apa yang buat awak dah boleh terima cinta saya?"

Dahhh kalau reply chat macam kat gambar ni, macam mana boleh tak terima cinta dia ??!

:)

Lepastu,
Entahlah aku nak percaya atau tak...
Aku dengar dia menangis. Tapi senyap2. Dia fikir aku tak kenal suara orang menangis macam mana agaknya.

Tapi, aku terpaksa terus terang.

Aku tahu, dengan penyakit aku ni aku banyak buat dia rasa tak dihargai.
Tapi dia tetap cuba dekati aku.

Banyak buat dia terasa hati dengan aku.
Tapi aku rasa cukup dihargai bila dia tetap bersabar dengan aku.

Aku juga susah nak terima dia.
Jadi hari yang ke 1-3 tu, agak sukar bagi kami berkomunikasi.

Dia cakap
"saya cuma nak kita serasi"

Aku tersentap.
Sejak tu aku cuba berlembut dengan dia dan tingkatkan rasa percaya.

Aku sedar.
Dia pun sedar.
Kenal sekejap lepastu terus bercinta.
Segala-galanya terlalu cepat, kan?
Tapi aku selesa dengan dia.
Layanan dia.
Cara dia buat aku diterima dan dihargai.
Aku tolak macam mana pun dia tetap datang dengan cara lembut.
Paling penting, aku dah mudah serasi dengan dia.
Manja2 pun, kalau dah lawak tu, sama2 gelak kuat2 macam tak ingat dunia haha.
Lagi satu kelakar sebab dengan orang lain, dia ganas+ garang.
Tapi bila cakap dengan aku, lembut lagi suara dia daripada suara aku.
Aku pulak yang nak kena lembutkan lagi suara aku bagi sama lembut dengan dia hahaha.

Aku juga gembira sebab aku salah seorang yang boleh buat dia happy dan bahagia.

Sumpah. Tak pernah aku rasa dihargai sampai begini sekali.

Aku sedar, seseorang datang dalam hidup ni bersebab.
Dan aku harap dia mahu jalan di sisi aku walau apa yang berlaku.

Terima kasih awak sebab terima saya seadanya :')

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lexapro & Xanax

Kehidupan ini terlalu amat memeritkan ... atau ... Kita yang tidak tahu bersyukur ?? Semalam aku dah jumpa doktor , seperti yang telah dijanjikam . tapi doktor psikitri still tak ada , so aku still tak dapat kesan lagi penyakit apakah dijiwa aku ini . aku hanyalah dapat jumpa doktor biasa . doktor biasa , macam biasalah , tanya punca depression , apa yg tjadi bila depression apa sume and then last2 call doktor psikitri tanya apakah tindakan yang perlu diambil ke atas aku . hm , walaupun aku agak letih untuk berulang kali menceritakan benda yang sama , akhirnya aku terrsangaatt lega bila dapat ubat yang selama ini aku berjuang unutk mendapatkannya ubat anti depression - Lexapro ubat penenang - Xanax then semalam , malam pertama aku telan ubat Xanax . aku wasap kawan aku , "weh best la ubat ni , makan je terus mood okay!" haha tu respon pertama aku . lepas tu aku terus tak sedarkan diri . efek ubat tu sangat kuat . aku tidur sampai tak sedar apa2 lepastu...

Psikotik dan Aku.

sekilas tentang kehidupan sosial aku, aku memang tak ramai kawan. kalau tanya pada kawan2 satu kelas aku, mereka selalu nampak aku ni suka bersendirian dan tak ramai yang tahu siapa nama aku. aku sangat2 tak mudah rapat dengan orang. even kalau orang cuba kawan dengan aku, tak mudah untuk mereka mengenali aku. dah nak habis satu sem ni, aku cuma berjaya rapat kehulu kehilir dengan seorang kawan je, iaitu Nur. itu pun dia jenis macam aku juga, suka jalan bersendirian tapi dia ni jenis banyak mulut. aku ada satu mindset psikotik, dimana kalau kalau orang cuba kenal aku, cuba berkawan dengan aku, aku jadi takut. sejujurnya aku jadi takut untuk orang kenali diri aku yang sebenar. mindset takut ini secara aku tak sedar dah tertanam dalam diri aku sejak bertahun2, memandangkan dulu aku ada sejarah kelam yang buat aku jadi begini. aku jadi takut, gugup, sangat2 malu, dan hilang minat untuk bercakap. secara aku tak sedar, pandangan aku akan ke lain bila kau cuba bersembang dengan ...

Sod - Ba - Ro

Sabar .. aku akan cuba terus bersabar dengan ujian Ilahi ... Walau tak kuat , aku masih ada hati untuk mempercayai janji Ilahi ,                                        فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “ Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .” (QS. Alam Nasyroh: 5) Tidur adalah salah satu penawar mujarab untuk aku melupakan duka semalamnya . so pagi tadi , mood aku okay . Walaupun tak okay mana , still ada depression , tpi aku still okay . tapi , petang tadi ... satu call masuk . call dari psychiatric clinic , dunia aku terus gelap - gelita . aku memahami satu persatu bait percakapan nurse yang call tu . katanya appointment aku dengan doktor , adalah esok 30 November 2015 , 9 pagi . selesai call , air mata aku mengalir laju . aku tak tahu kenapa .. aku takut !!!! aku takut aku akan disahkan penyakit2 yang aku taknak .... aku takut akan disahkan abnormal !...