Langkau ke kandungan utama

Kenapa Perlu Bercinta .

Ya .
Harini 2 Jun '16 sudah .
Yeayyy aku dah balik dari honeymoon . :)

Aku akui , selama 21 tahun hidup ini , ini baru kali pertama aku serius bercinta .

Kenapa baru sekarang ?
Dulu cuma jatuh cinta , tapi tidak pernah ada hubungan cinta .
Sepanjang usia remaja, aku yang menyekat diri aku dari berada dalam hubungan cinta .

Tapi kini , aku buka hati aku pada seorang insan .
Kenapa dia cukup istimewa sehingga mampu buka sekatan dalam hati aku ?

Sebab..
Dia perempuan .
Aku menolak untuk bercinta sebab aku fobia pada lelaki .
Jatuh cinta dan dicintai tetapi menolak untuk bercinta , sebab aku anti dengan perangai lelaki .

Aku cerita ini pada dia ,
dia insan pertama dalam hidup aku ,
Dia kemudiannya memegang tangan aku sambil tersenyum ,
Dia ucap , "terima kasih sayang" .

Pengalaman pertama dan pastinya aku tiada ilmu mendalam tentang bercinta .

Dia yg pernah mmpunyai suami , pernah bercinta dgn lelaki dn perempuan , dn juga mmpunyai seorang anak perempuan comel , dia yg banyak mendominasi hubungan kami .

Tapi dia selalu sibuk .
Sibuk dengan kerja .
Sibuk dengan anaknya yg banyak celoteh Jadi , semasa honeymoon kami , aku belajar cara menguruskan kehidupan dia .

Aku jadi macam 'culture shock' lah juga . hahaha .
Sebab pada pandangan mata kasar aku , kalau awal2 bercinta tu semuanya indah , berkepit ke sana ke mari .
Tapi dengan dia ,
Aku dah kena menggalas peranan seorang 'isteri' .

Jujur , ada sekali sekali dua gaduh dan merajuk semasa 4 hari honeymoon kami .
Tetapi akhirnya kami akan bawa berbincang .

It's normal lah kan , baru nak mengenal kehidupan masing2 kan .

Acap kali aku terfikir , dan masih berfikir sehingga kini ,

"apa fungsi bercinta ?"
"mengapa perlu bercinta ?"
"adakah cinta sekadar aku milik kau dan kau milik aku, jadi orang lain tak boleh kacau ?"

Mungkinlah terdetiknya soalan ini pada benak fikiran aku ,
Sebab ,
Cinta masih belum utuh .

Tapi yang pastinya aku sudah jatuh cinta pada dia .

Bila bersama dengan dia dan anaknya , aku rasa seperti sudah mempunyai sebuah keluarga yang lengkap seperti ini
👩‍👧👩‍
ada "suami" dan ada anak perempuan .

Tu jelah kott nak cerita .
Kbye .

Gambar bawah ni , dia bawa aku jalan2 kat Pantai Ketapang . Dapatlah merasaa sotong celup tepung terengganuuu 😆😆😆

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lexapro & Xanax

Kehidupan ini terlalu amat memeritkan ... atau ... Kita yang tidak tahu bersyukur ?? Semalam aku dah jumpa doktor , seperti yang telah dijanjikam . tapi doktor psikitri still tak ada , so aku still tak dapat kesan lagi penyakit apakah dijiwa aku ini . aku hanyalah dapat jumpa doktor biasa . doktor biasa , macam biasalah , tanya punca depression , apa yg tjadi bila depression apa sume and then last2 call doktor psikitri tanya apakah tindakan yang perlu diambil ke atas aku . hm , walaupun aku agak letih untuk berulang kali menceritakan benda yang sama , akhirnya aku terrsangaatt lega bila dapat ubat yang selama ini aku berjuang unutk mendapatkannya ubat anti depression - Lexapro ubat penenang - Xanax then semalam , malam pertama aku telan ubat Xanax . aku wasap kawan aku , "weh best la ubat ni , makan je terus mood okay!" haha tu respon pertama aku . lepas tu aku terus tak sedarkan diri . efek ubat tu sangat kuat . aku tidur sampai tak sedar apa2 lepastu...

Psikotik dan Aku.

sekilas tentang kehidupan sosial aku, aku memang tak ramai kawan. kalau tanya pada kawan2 satu kelas aku, mereka selalu nampak aku ni suka bersendirian dan tak ramai yang tahu siapa nama aku. aku sangat2 tak mudah rapat dengan orang. even kalau orang cuba kawan dengan aku, tak mudah untuk mereka mengenali aku. dah nak habis satu sem ni, aku cuma berjaya rapat kehulu kehilir dengan seorang kawan je, iaitu Nur. itu pun dia jenis macam aku juga, suka jalan bersendirian tapi dia ni jenis banyak mulut. aku ada satu mindset psikotik, dimana kalau kalau orang cuba kenal aku, cuba berkawan dengan aku, aku jadi takut. sejujurnya aku jadi takut untuk orang kenali diri aku yang sebenar. mindset takut ini secara aku tak sedar dah tertanam dalam diri aku sejak bertahun2, memandangkan dulu aku ada sejarah kelam yang buat aku jadi begini. aku jadi takut, gugup, sangat2 malu, dan hilang minat untuk bercakap. secara aku tak sedar, pandangan aku akan ke lain bila kau cuba bersembang dengan ...

Sod - Ba - Ro

Sabar .. aku akan cuba terus bersabar dengan ujian Ilahi ... Walau tak kuat , aku masih ada hati untuk mempercayai janji Ilahi ,                                        فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا “ Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan .” (QS. Alam Nasyroh: 5) Tidur adalah salah satu penawar mujarab untuk aku melupakan duka semalamnya . so pagi tadi , mood aku okay . Walaupun tak okay mana , still ada depression , tpi aku still okay . tapi , petang tadi ... satu call masuk . call dari psychiatric clinic , dunia aku terus gelap - gelita . aku memahami satu persatu bait percakapan nurse yang call tu . katanya appointment aku dengan doktor , adalah esok 30 November 2015 , 9 pagi . selesai call , air mata aku mengalir laju . aku tak tahu kenapa .. aku takut !!!! aku takut aku akan disahkan penyakit2 yang aku taknak .... aku takut akan disahkan abnormal !...