*Gambar diambil dari sini..*
"Hidayah ALLAH perlu dicari dn dikejar"
Sejak dua menjak ni, telinga aku sering ditadah dengan ceramah secara sengaja mahupun paksa.
Hati pula bagai dipukul mendengarnya..
meronta... menjerit..
Sejak aku terlibat dengan dunia songsang tahun lepas, aku perasan hidup aku amat2 hanyut.
Couple, dan putus.
Mencintai dan merana.
Mengenali dan akhirnya benci.
Cinta pula disulami dengan hawa nafsu semata-mata.
Kalau ditanya tentang setiap inci kenikmatan yang ada pada tubuh perempuan, aku boleh dikatakan pakar untuk menerangkannya.
Sehingga ditahap aku ketagih sekarang.
Begitu sahaja umur aku terhabis sejak tahun lepas.
Pelajaran? Memajukan diri?
Zero.
Paling teruk result aku sem lepas dimana sem yang aku betul2 tak hiraukan pelajaran dan sibuk mencari pasangan.
Sem ini aku cuba untuk stabilkan balik pointer aku, tapi entahlah..
sem ini aku masih lagi bersama dengan seorang perempuan yang boleh dikatakan pelengkap hidup aku.
Sebenarnya, tak salahkan dia pun, kata orang, bercinta tak salah, tapi jangan sampai mengabaikan pelajaran.
Tapi aku lain.. Once aku hanyut bercinta memang aku tak hiraukan perkara lain..
Hm..
So, bila dah aku dengar semua ceramah yang menginsafkan hati,
yes, niat untuk kembali ke fitrah semakin kuat.
"Biarlah kita sakit didunia, biarlah kita terpaksa tinggalkan orang yang kita sayang demi mencapai redha ALLAH, ALLAH akan bagi rahmat pada kita disyurga nanti.."
"Kita hidup ni tak lama, dan tujuan kita hidup disini untuk cari bekalan hidup selama2nya kat sana"
Kalau hati tengah hitam, dengar ayat ceramah macam ni memang mengantuk, tetapi bila ALLAH dah ketuk pintu hati kau,
ayat2 ringkas macam ni mampu mencairkan kehitaman hati..
Jadi sekarang ini aku tengah start nak tnggalkan dan lupakan Atielia..
Bukan mudah.
Orang yang kau anggap pemilik separuh dari jiwa kau,
orang yang kau cintakan sangat,
yang angkat kau bila kau susah,
yang ada bila kau sedih dan dia yang menghiburkan hati kau,, sehingga kau mampu untuk bangkit semula..
orang yang risaukan separuh mati bila terjadi apa2 kat kau,
orang yang sayangkan kau tak kira apa keadaan pun kau didepan dia,
cantik atau tak dia tetap terima,
orang yang belai kau bila kau down..
orang yang selalu melindungi dan memanjakan kau,
yang rela hati terima kau tatkala orang lain buang kau,
dia..
dia.. perempuan yang memiliki hati ini..
jua perempuan yang tak halal untuk aku cintai..
Aku takut aku kembali murung bila dia hilang dari hidup aku..
Kawanku terus memujuk..
Kita takkan murung kalau kita hidup kerana ALLAH..
ALLAH yang beri bahagia dan derita..
Maka, untuk tinggalkan dia aku perlukan motivasi yang kuat tiap hari..
bukan mudah..
Aku kena lawan dengan rindu,
lawan dengan kesedihan
dan paling utama lawan dengan nafsu.
Orang yang dah rasa nikmat itu, susahnya untuk kawal bila nafsu untuk bersama itu datang, ALLAH sahaja yang tahu..
Takpelah. Aku rela.
Sebab aku dah penat hidup tanpa berkat.
Aku memang perasan dan dapat rasa keberkatan hidup aku hilang sejak tahun lepas.
Tapi aku dah tk rela bahagia dalam kemurkaan ALLAH..
dah tak rela sebenarnya..
ALLAH.. Bantulah aku untuk kembali ke jalan lurusMu dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran..
Amin..
"Allah suka hamba-Nya yang suka kepada diri sendiri."
Sahabat Ibnu Abbas ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda "Allah tidak akan melihat orang yang bersetubuh dengan sesama jenis (homoseks atau lesbian), atau mengumpuli isterinya dari liang dubur" (HR Timndzi, Nasai, dan Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya)

Ulasan
Catat Ulasan